- Pengenalan
- Konfrontasi 2?
- Indah Khabar Dari Rupa
- Bangsa Sarumpun
- M
- engapakah Rakyat Indonesia Beremosi dan Bertindak Dengan Tidak Sioman dan Tergopoh-gopoh
- Benarkah Malaysia Curi Lagu Indonesia Tanpa Izin Untuk Lagu Kebangsaannya?
- Lagu Terang Bulan
- Asal Usul Lagu Negaraku
- Lagu kebangsaan Lain Pun Tidak Original Juga
- Kesimpulan

Di kebelakangan ini perhubungan anatara Malaysia dan Indonesia seolah-olah berkonfrontasi seperti di zaman Sukarno dahulu. Kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Indonesia) telah meronda jalan-jalan Jakarta, bersenjatakan buluh yang diruncingkan, menahan kereta-kereta untuk mencari warga negara malaysia supaya di "sapu" keluar dari Indonesia. Barisan Muda Betawi (BMB) juga akan merunda mencari warga Negara Malaysia untuk tujuan yang sama. Kononnya mereka telah ada beribu sukarelawan yang bersedia bertempur mengganyangi Malingsia (nama baru yang diberi mereka kepada Malaysia) atu lebih buruk lagi Malingsial. Maling bermakna pencuri. Media masa mereka sentiasa mengapi-apikan keadaan serta mencerca Malaysia. Mereka memutar belitkan berita atau tidak memberitakan yang sebenar. Lehatlah contoh cercian mereka dari forum-forum Jakarta Post (di sini) dan Kompas (di sini). Akbar ini adalah yang di katakan tersederhana di Indonesia. Yang lain termasuk Talivishen dan radio turut berisi penuh dengan kebencian, hasutan dan hysteria.
Konfrontasi 2?
Senarai perkara yang menjadi tumpuan emosi mereka adalah banyak seperti: kekalahan dalam sengketa Sipadan dan Ligitan (Lehat Wikipedia bahasa Indonesia), "pencerobohan" perayeran Ambalat, penderaan pembantu rumah Indonesia seperti Nirmala Bonat dan Siti Hajar, penderaan Manohara isteri kepada putra raja Terengganu, dakwaan bahwa lagu Rasa Sayang dan khasnya Terang Bulan hak milik Indonesia di "curi" dan dijadikan lagu kebangsaan Malaysia tanpa izin, Batik, Wayang Kulit, Angklung dan Keris sebagai warisan budaya Malaysia dan sebagainya. Baharu ini pula kontroversi berkeaan tarian Pendet telah dilambangkan sebagai tarian Malaysia oleh Discovery Channel. Walau pun Discovery Channel mengaku mereka yang bersalah tentang hal ini (ini) dan kerajaan Malaysia tidk tahu-menahu dalam hal ini, semuanya ini di tolak dan di jumlahkan. (lehat ini). Reaksi rakyat Indonesia meruncingkan lagi perhubungan Malaysia-Indinesia. Isu yang terakhir inilah yang menyebabkan penubuhan Kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Indonesia). Pada 14 Sept 2009 seornng warga Indonesia telah di hukum penjara dan sebat rotan oleh Mahkamah Sharia Tinggi, di Pahang kerana meminum beer (lehat sini). Berita ini mengekori beberapa bulan sahaja kejadian mengenai Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, di tudoh meminum beer di khalayak ramai dan akan di sebat rotan. Berita akhir ini heboh di seluroh dunia. Nama tertuduh pun boleh di kelirukan dengan nama warga indonesia. Lehat sini. Berita-berita sabegini tentu sahaja akan merumitkan lagi sengketa Malaysia-Indonesia kalau kita ramalkan dari reaksi yang telah lepas.
Indah Khabar Dari Rupa
Tidak semua yang di laungkan orang Indonesia ialah sesuatu yang rational, betul atau padan pada tempatnya. Mithalnya pembantu rumah indonesia di Malaysia berjumlah lebeh dari dua ratus ribu orang. Yang terdera adalah beberapa orang sahaja dan mereka yang bersalah telah di hadapkan di makamah dan telah di jatuhkan hukuman yang berat (18 tahun penjara). Apakah kejadian begini tidak berlaku di Arab Saudi, di Singapura atau di Indonesia sendiri. (lehat). Kenapa Malaysia di asingkan? Kontroversi tarian Pendet itu telah di terangkan iaitu Malaysia tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam pengeluaran Discovery Channel itu. Ini tidak di terima; walaupun setelah Malaysia meminta maaf sedangkan bukan salahnya. Ini pun di tolak kerana itu hanya di anggap hanya alasan sahaja. Kes Manohara adalah kes peribadi dan tidak boleh di kaitkan dengan kerajaan Malaysia atau rakyat Malaysia. Di Indonesia sendiri ada kesedaran yang Manohara, khusus ibunya, bersenghaja menghebohkan hal ini atas kepentingan peribadi mereka. Miskilnya ialah peranan media Indonesia yang tidak memberi laporan yang benar dan sesudahnya mengapi-apikan keadaan.
Bangsa Sarumpun
Perselisih fahaman atas hal-hal yang lain seperti lagu Rasa Sayang yang Malaysia anggap warisan lagunya, ialah kerana rakyat Indonesia tidak memahami bahwa sebelum Indonesia merdeka dan sebelum Malaysia merdeka rantau ini telah diduduki oleh satu bangsa yang bergaul. Rantau ini di beri nama Gugusan Kepulauan Melayu. Tidak hairanlah kalau budaya Malaysia ada banyak persamaan dengan Indonesia. Penjajah yang membelah-bahagikan rantau ini sehingga adanya Indonesia, Malaysia dan negara islam Phillipines yang telah di kristiankan. Kita boleh lehat pergeseran yang sama di Turki, Iraq dan Iran mengenai kaum kurdis dan di Afghanistan berkenaan dengan kaum Tajik, dan seterusnya di rantau ini Indonesia dan Malaysia.
Sahingga sekarang banyak orang-orang Malaysia masih ada pertalian persaudaraan di Indonesia dan sebaliknya. Perdana Menteri Malaysia sekarang, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, masih berulang ka Sulawesi bertemu dengan saudaranya keturunan Raja Gowa XV. lehat sini dan juga ini.
Begitu juga pembesar pembesar Indonesia. Adam Malik dan General Haris Nasution, di Indonesia kedua-duanya telah di lahirkan di Chemor, Perak, Malaysia. Lehat sini. Mereka inilah yang mendamaikan Malaysia dan Indonesia selepas konfrontasi.
Kalau kita lehat dari segi keluarga kita pun (keluarga penulis) berapa ramaikah yang berkahwin dengan melayu tulin. Adik beradik penulis sebenarnya adalah keturunan Jawa Tengah generasi keenam dan campuran generasi keempat dari Sumatra. Bahkan keluarga tersebut sekarang pula adalah dari keturunan Bugis, Banjar, Sumatra dan Jawa. (Untuk memperkayakan lagi keluarga kita sekarang di campuri pula dengan bangsa Cina, India, Yahudi dan Belanda.)
Di masa yang lampau, jajahan kesultanan Johor berpusat di Riau dan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia berasaskan bahasa Riau. Begitulah iratnya bangsa sarumpun Malaysia - Indonesia. Malangnya ini tidak di ambil kira oleh generasi muda Indonesia.
Ada ujahan dari orang Indonesia menidakkan penyamaan budaya Malaysia dengan mengumpamakan jikalau orang cina pergi ka Amerika dan setelah beberap generasi tinggal di sana bolehkah mereka mengatakan budaya mereka sudah menjadi budaya Amerika. Ini adalah salah bandingan. Setengah juta orang cina tak kan mempengaruhi budaya 250 juta rakyat Amerika yang berasal dari Eropah dari satu kelumpuk yang di gelar WASP (iaitu White, Anglo-Saxon Protetant). Sebaliknya di Malaysia lapan puluh persen, barangkali, orang-orang melayu, orang majority di Malaysia, adalah keturunana dari apa yang di katakan Indonesia sekarang. Keluarga penulis adalah satu contoh.
Bila Malaysia pula menunjulkan bahwa dalam Malaysia ada beberapa budaya yang berasal dari negara luar ia tidak mendakwa bahwa budaya Malaysia sama dengan budaya Indonesia keseluruhannya atau inilah budaya asli Malaysia. Dari itulah datangnya rumusan slogan "Malaysia Truly Asia" melambangkan pelbagaian budaya yang di amalkan di Malaysia. Malaysia hanya mengatakan sebahagian dari budaya Malaysia datangnya dari seluruh Gugusan Kepulauan Melayu dan di perkayakan dengan budaya asia yang lain.
Mengapakah Rakyat Indonesia Beremosi dan Bertindak Dengan Tidak Sioman dan Tergopoh-gopoh
Banyak faktor yang munkin menyumbang kepada keadaan sekarang. Setengahnya datang dari segi sejarah dan yang lain ialah keadaan ekonomi dan poitik sekarang. Perahan hati mereka banyak di paparkan di internet.
- Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1962-1966. Sila Lehat. Rakyat Indonesia telah diasuh oleh Sukarno supaya membencikan Malaysia bahkan cuba menganyangnya. Dua ribu askar Indonesia telah tumpas di atas kegiatan itu. tidak termasuk yang di tangkap di Pontian dan Labis.Kanak-kanak yang diasuh dari zaman itu sekarang berada dalam linkungan umur 40-50an dan yang menjadi ahli politik dan wartawan Indonesia yang berpengaruh. Malangnya kumpulan sekarang inilah yang mendidik generasi akan datang.
- Pukul anak sindir menantu. Tunjuk perasaan di Jakarta adalah di sebabkan politik Indonesia itu sendiri. Mithalannya pasukan BENDERA, begitu juga BMB, telah mengungkapkan yang mereka bertindak kerana kelembutan pemerintahan President Susilo Bambang Yudhoyono, yang baharu sahaja di lantik, terlalu berlembut terhadap Malaysia. Pejabat BENDERA telah di dapti berdekatan dengan pejabat pilihan raya Megawati Soekarnoputri yang secara kebetulan mengalami kekalahan besar dalam pertandingan president baru-baru ini. Barangkali ada udang di sebalik batu.
- Kekalahan. Persengketaan kepulauan Sipadan dan Ligitan tidak menyeblah kepada Indonesia. kehilangan pulau-pulau itu adalah satu tamparan kepada Indonesia. sepatutnya ini perkara biasa. Ada yang menang ada yang kalah. Di pulau Batu Putih pula Malaysia kalah dengan Singapura. Tetapi mereka merasa Malaysia merampas harta Indonesia. Mencuri lagi!
- Kemarahan. Orang Indonesia memandang Malaysia sebagai negara kerdil. Saya pernah pergi ka Indonesia dan dalam percakapan mereka mengungkap Mahathir ialah "little Sukarno". Pada saya implikasinya: takkan ada orang Malaysia yang akan setanding dengan orang Indonesia dari segi intelektualnya atau charismanya. Bila di dapati kes penderaan, Bonat dan Manoharan, ini menunjukka orang Malaysia, menderhaka, orang kerdil ini kurang ajar dan jahat. Malaysia tidak hormat kepada Indonesia dan rakyatnya.
- Kehampaan. Bila Malaysia menonjulkan kesenian yang sama rupa dengan Indonesia, sebagai budaya Malaysia dalam iklan pelancongannya, seperti dalam iklan dan slogan "Malaysia Truly Asia", Malaysia dapat meraih dua puluh juta pelancong setahun berbanding dengan enam juta pelancong mengunjungi seluroh Indonesia yang kaya raya dengan budaya, seni dan kurniaan alam. Maknanya sekali lagi Malaysia menang Indonesia kalah. Dan Malaysia curi hak Indonesia untuk keuntungannya sendiri.
- Irihati. Malaysia maju begitu pesat hinggakan berjuta rakyat Indonesia, setengahnya berani mati datang dengan perahu yang sarat, untuk mencari rezki. Malaysia ada beberapa jenama yang mashur seperti AirAsia, Petronas, F1, Maxis dan sebagainya. Indonesia dengan begitu kaya dari segi sumber alam dan tenaga manusia tiada menunjukka apa-apa. Sebaliknya pula, mulai dari June 2007 hingga July 2009, empat syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia, Airfast Indonesia, Mandala Airlines and Prime Air tidak di benarkan terbang di ruang angkasa Eropah, berdasarkan mutu keselamatan kapal terbang mereka. lehat ini. Sebaliknya, dalam tempoh yang sama, AirAsia telah memulakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan kargonya ka Eropah. lehat ini.
- Kecil hati. Banyak komen dari internet mengatakan bila mereka datang di airport dan di restoran Malaysia, mereka dilayan seolah-olah mereka itu orang terkeji. Pada pendapat mereka orang Malaysia bungkak dan sumbong. Ada yang mengatakan terus menerus orang Malaysia ini "bastards". Yang mereka tidak tahu orang Malaysia pun kadang-kadang merasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada mereka juga. Oleh kerana banyaknya orang Indonesia di Malaysia yang bekerja sebagai buroh kasar dan pembantu rumah, orang Indonesia dari kalangan professional, yang berkunjung ka Malaysia, sentiasa ragu yang dirinya akan di salahkenalkan sebagai gulongan bawahan ini. Ini nyata dari kome-komen di internet. Mereka sentiasa berwaspada dan menilai layanan kepada mereka dari persepsi ini. Maka barang yang patutnya cuma masalah peribadi akan di tukok tambah menjadi isu perkauman. Malangnya memang ada yang telah di salakenalkan. Akibatnya orang inilah, wartawan, ahli politik dan busineeman, yang berpengaruh di Indonesia.
- Saekor kerbau berkubang semua kerbau terpalit. Banyak perkara yang menyakiti rakyat Indonesia di Malaysia bukan datang dari orang sarumpun yang menjadi majority rakyat Malaysia. Dari jauh orang Indonesia tiada dapat membuat perbedaaan. Yang mereka tahu cuma satu sahaja; orang Malaysia jahat.
Dalam banyak-banyak isu yang menjadi punca penggeleseran anatara dua negara sahabat ini , isu "mencuri" yang saya hendak perkatakan lebeh sedikit. Malaysia telah ditudoh mencuri budaya, tarian, tanah dan lagu "Rasa Sayange". Sekarang pula Malaysia telah di tuduh oleh anak bungsu Saiful Bahri, Aden Bahri, mencuri lagu Terang Bulan yang kononnya ciptaan ayahnya dan di jadikan lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" tanpa izin.. Lehat video dari MetroTVNews.com (lehat dan dengar di sini). Aden menambah lagi iaitu Sukarno telah menyuruh ayahnya menyerahkan lagu Terang Bulan kepada Malaysia kerana Malaysia belum lagi ada lagi lagu kebangsaannya sendiri. Hal ini kataknya telah di saksikan oleh ahli Orkes Studio Djakarta (OSD). Lehat sini. Ini dikatakan berlaku dalam tahun 1960an.
Dakwaan ini bercanggah. Adakah Malaysia mencuri lagu itu bulat-bulat ataupun lagu itu telah di hadiah kan oleh Indonesia ka Malaysia? Untuk makluman, Aden bukan orang yang pertama membuat dakwaan itu. Majalah Musika No 1 bertarikh I September 1957, menegaskan ”Melodi lagu ’Terang Bulan’ jang kesohor itu achirnja dengan resmi diterima sebagai lagu kebangsaan Malaya pada hari kemerdekaan tanggal 31 Agustus 1957 j.l. dengan diberi nama dan tekst baru ’Negaraku’". Lehat ini.
Saiful Bahri memanglah pencipta lagu yang terkenal di Indonesia. Beliau telah di lahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat pada 19 September 1924 lehat ini. dan Lehat ini. Ia di lantik sebagai pemimpin Orkes Studio Djakarta (OSD) dari 1950 hingga 1960. "Setelah berkunjung ke Malaya pada tahun 1960 ia banyak menulis lagu bertema Malaysia, seperti “Semalam di Malaya”, “Pantai Malacca”, “Semalam di Kuala Lompur”, “Mutiara dari Pulau Penang” dan “Kuala Lumpor”". (petekan dari album Semalam di Malaya". Lehat ini. Album “Semalam di Malaya” merupakan rakaman album stereo pertama di Indonesia. Tidak lama selepas itu ia telah duduk ("lari" kata orang Indonesia) di Malaysia. Di antara kerjayaanya di Malaysia ialah Music Director, Filem Negara Malaysia Lehat ini.
Di waktu di Malaysia beliau banyak mencipta lagu patriotic Malaysia yang di gemari. Salah satu daripadanya ialah "Perajurit Tanah Air" atau "Inilah Barisan Kita" nyanyian Jamaludin Alias. (dengar di sini). Saiful Bahri juga turut bertanding untuk mencipta lagu kebangsaan Malaysia tetapi telah gagal. Lehat ini.
Sebenarnya lagu kebangsaan Malaysia telah di adaptasikan dari lagu kebesaran Perak. Buktinya ialah kenyataan dari Jamaludin Alias penyanyi lagu patriotic Malaysia yang masih hidup lagi, dalam satu wawancara dengan The Strait Times, Sabtu, September 19, 2009, Jamaludin telah menerangkan: Lehat sini.
"Tunku (Abdul Rahman Putra Al Haj) wanted a national anthem for Merdeka," Jamaludin remembers clearly during this interview at his home in Kelana Jaya where he lives with his wife, Kalsom Othman.Tidak boleh di nafikan yang OSD telah merakamkan lagu Terang Bulan di Indonesia. Aden mengatakan dalam 60an, Lokananta, di Solo, pula mengatakan ini berlaku dalam tahun 1956 satahun sebelum Malaysia merdeka. Implikasinya ada kemunkinan Malaysia ada masa untuk mencuri lagu itu. Tetapi dalam rujukan di atas, syarikat Lokananta, yaitu syarikat rakamn kerajaan Indonesia, mengaku tiada tercatit siapa yang mencipta lagu itu. (Lehat ini).Tambah pula tiada rujukan di arkib Indonesia yang menunjukkan lagu Terang Bulan telah di hadiahkan kepada Malaysia.
"He chose the Perak anthem but changed the lyrics.
"I was then instructed to teach the people to sing the national anthem over radio, under the guidance of (Tan Sri) Dol Ramli with Alphonso Soliano on the piano.
"Every day during that one month before Merdeka, I would slowly sing the song, line by line, for 15 minutes over radio, to help the people learn to sing Negara Ku." --
Nyata isu ini adalah dongengan atau ketidak tahuan, Aden Bahri sahaja. Pada tahun 1961 lagi Saiful Bahri telah berada di Malaysia. Sudah lumrah Indonesia mudah tuduh-menuduh mengenai pencurian dan aku-mengaku pemilikan lagunya tetapi di Indonesia sendiri banyak pengakuan atau jangkaan falsu di antara sama sendiri. Lehat tulisan Remy Sylado, Pengamat Musik, Novelis, Dramawan "sesama pencuri" disini.
Kita mesti ingat waktu yang di katakan oleh Aden tadi, ialah tahun melengkungi tahun 1962-1966, Indonesia di waktu itu sedang berkonfrontasi dengan Malaysia. Sila Lehat maklumat konfrontasi. Ada berita yang saya ingat di waktu Tengku Abdul Rahman, Perdana Menteri, Malaysia, mengunjungi Indonesia, Sukarno, secara senghaja telah mengajak tetamu di situ untuk menyanyikan lagu Terang Bulan bersamanya. Telatah ini hanyalah untuk menghina dan memperkecilkan Malaysia sahaja. Di Kuala Lumpur pula Duta Besar Indonesia, telah juga memainkan lagu terang bulan, di perjumpaan-perjumpaan. Munkin lagu yang di mainkan itu hasil dan tujuan dari recording yang tersebut. Berita rakaman dan penyerahan lagu itu kalau benar berlaku hendaklah di pandang dari segi pencubaan memperkecilkan dan menghina Malaysia.
Lagu Terang Bulan
Lagu terang bulan memang popular di rantau ini semenjak tahun 1920an , sebelum Indonesia jadi Indonesia dan Malaysia jadi Malaysia lagi. Lagu ini banyak di rakamkan di Indonesia. Umpamanya yang dinyanyikan oleh Rosey dan Andres Holten (lehat dan denagar di sini) dan dalam beberapa rentak (dengar di sini) dan (ini). Lagu ini juga telah di rakamkan dalam irama lagu Hawaii yang bernama "Mamula Moon" oleh Felix Mendelssohn and His Hawaiian Serenaders dalam album Paradise Isle pada tahun 1947. (dengar di sini).
Pengalaman saya pula, dalam lemgkungan tahun 1948, bila saya mula bersekolah di Johor Bahru, lagu ini telah bekumandang di udara. Saya masih ingat lagi satu rangkapan dari lagu itu sedemkian:
" Terang Bulan, bintang pun bercahya
Duduk termenung memikirkan cinta
Cinta yang jauh, jauh dari mata,
Sampai hati meninggalkan saya."
rangkapan ini berlainan dengan senikata dari rakaman-rakaman indonesia yang berbunyi demikian;
Terang bulan
Terang bulan di kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutlah lelaki
Berani sumpah ‘tapi takut mati
Jangan percaya mulutlah lelaki
Berani sumpah ‘tapi takut mati
Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang
Waktu potong padi di tengah sawahIni menunjukn secara berasingan lagu Terang Bulan juga ada rakaman untuk Malaysia atau lebeh tepat lagi, Malaya pada waktu itu. Pada lengkungan 1955-1956 saya sendiri, sebagai "disc jockey" telah memutarkan piring hitam lagu yang berjudul Malayan Moon ataupun Mamula Moon, saya lupa nama sebenar, yang di rakamkan oleh Victor Silvester and his Ballroom Orchestra, untuk dansa sekolah, English College, Johore Bahru.
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama
Kesimpulannya lagu Terang Bulan ataupun Mamula Moon telah tersebar luas sebelum tahun 1950an lagi. Ada beberapa versi telah kedengaran di waktu itu. Ada rakaman yang telah di buat luar dari Indonesia. Bukti yang lebeh kukoh ialah mengikut sejarah, dalam tahun 1920an, sebuah Bangsawan Indonesia telah membawa lagu ini ka Singapura. Diwaktu itu Saiful, yang dilahirkan pada tahun 1924 baharu sahaja berumur beberapa tahun atau beberapa bulan sahaja. Bagaimankah kita boleh katakan Terang Bulan ini datangnya dari Saiful Bahri pada tahun 1960an. Bukan kita nak kata Saiful tidak mampu mencipta lagu seperti itu, kita hanya mengatakan buktinya bukan dia menciptanya dan kalau ada rakaman pun tidak mesti mencuri dari sumber itu. Saiful sendiri tidak di beritakan mengaku dialah pencipta lagu Terang Bulan itu, orang lain yang mengatakannya. Di Waktu yang tersebut sebenarnya Saiful telah tinggal di Malaysia!
Asal Usul Lagu Negaraku
Rujukkan bahagian ini datangnya dari Wikipedia, the free encyclopedia, Versi Inggeris dan versi Bahas Indonesia. Versi Melayu pula terlalu pendek (mengapa?). Rujukkan tambahan boleh di lehat di sini dan sini. Ada perbedaan diantara dua versi ini; versi Indonesia tidak mengiktiraf yang Terang Bulan ialah Malay "Evergreen".
Mengikut rujukkan-rujukkan di atas lagu Terang Bulan dan Neagarku adalah perkembangan selari tetapi dari satu punca iaitu dari lagu Perancis berjudul "La Rosalie". Lagu ini asalnya ialah ciptaan Pierre Jean de Beranger (1780-1857), yang telah di lahirkan dan meninggal dunia di Paris. Walau pun sejarah mengatakan "La Rosalie" ciptaan Béranger, muzium musik perancis tiada pula rekod lagu ini di tangan mereka. Lehat sini.
Lagu ini sangat popular di pulau Mahé dalam kepulauan Seychelles, di Lautan Hindi. Lagu in kedengaran di kelab-kelab dan juga di mainkan kepada orang ramai di Gazebo pulau itu. Seperti di katakan tadi lagu ini tersebar kemudiannya Kepulaan Melayu, ka Betawi (sekarang ini Jakarta), Singapura dan Semenajung Tanah Melayu mulai tahun 1920an ke atas.
Lagu ini di nyanyikan di mana-mana sahaja ada keramaiian dianatara tahun 1920an dan 1930an baik di Indonesia, Singapura atau pun Semenanjung Tanah Melayu. Lagu ini menjadi salah-satu lagu 'evergreen' sukaramai, walaupun melody lagu itu telah menjadi lagu kebesaran Perak hampir dua puloh tahun sebelumnya.
Dalam perkembangan lain, lagu ini telah dengan tidak senghaja, di perkenalkan sebagai lagu kebesaran Sultan Perak dalam tahun 1901. Di waktu itu Sultan Idris Murshidul’adzam Shah, Sultan negeri Perak, telah berkunjung ka England, sebagai wakil the Federated Malay States, sempena pertabalan King Edward VII. Kemudiannya lagu ini telah di jadikan lagu kebesaran negeri Perak yang resmi berjudul "Allah Lanjutkan Usia Sultan" Dengar di sini.
Dalam tahun 1956 Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengisytihar kemerdekaannya. Salah satu persiapan ialah membangunkan Lagu Kebangsaan yang akan di nyanyikan dalam istiadat itu. Lehat sini. dan rujukkan lain mengenai Terang Bulan di atas juga. Tunku Abdul Rahman, pada waktu itu sebagai Ketua Menteri, dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Persekutuan Tanah Malayu. telah mempengurusikan sebuah jawatankuasa, khas untuk memilih lagu kebangsaan Malaysia melalui pertandingan anatarabangsa. Kesemua 514 ciptaan yang telah di kemukakan telah di tolak. Kemudian satu pertandingan lagi telah di adakan, kali ini dari kalangan jemputan khas anatarabangsa. Ini termasuk pengubah lagu rantau ini seperti Saiful Bahri dan Zubir Said, seorang yang kemudiannya menggubah lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Semua cadangan yang di kemukakan tidak juga di perkenenkan. Akhirnya pilihan telah di buat di anatara lagu-lagu kebesaran negeri Semenanjung Tanah Melayu yang sedia ada. Lagu kebesaran negeri Perak telah terpilih. Inilah sebabnya lagu "Negaraku" ada persamaan bunyinya dengan lagu Terang Bulan. Kedua-dua lagu ini datang dari punca yang sama yaitu lagu "La Rosalie". Yang satu cabang ianya di bawa pulang ka Perak dari kepulauan Sechelles oleh Sultan Abdullah, yang telah di buang negeri oleh penjajah Inggeris di pulau itu dan cabang yang satu lagi melalui pemusik-pemusik kemudiannya.
Jelas "Negaraku" bukan di jiplak terus menerus dari Terang Bulan atau mana-mana lagu ciptaan Indonesia.
Lagu kebangsaan Lain Pun Tidak Original Juga
Banyak yang memperlekehkan lagu kebangsaan Malaysia kerana ia bukan original, sama seperti Proton, katanya. Ini termasuk orang Malaysia sendiri dari kumpulan yang anti-Malaysia; yang muda dan dari kaum bukan Melayu. Apakah lagu-lagu kebangsaan negara lain itu semuanya original. kita lehat di sini.
Lagu Kebangsaan Amerika Syarikat, "The Star-Spangled Banner" ialah jiplakkan dari melody nyanyian "drinking song" sebuah persatuan bernama Anacreontic Society, di England. Seperti Terang Bulan di rantua ini, lagu ini juga popular di nyanyikan di Amerika Syarikat. Dengar di sini. Syairnya pula telah di tulis pada tahun 1814. Lagu ini mulanya telah di guna pakai oleh angkatan tentera laut Amerika Syarikat pada tahun 1889 dan di perkenan oleh Presidentnya dalam tahun 1916, dan telah di jadikan lagu kebansaan oleh Congress pada March 3, 1931. Jadi tidak semua lagu-lagu kebangsaan di gubah secara langsung dan tidak di jiplak dari mana-mana sumber. Lehat "Origin of 4 National Anthems" untuk asal lagu ini dan lagu kebangsaan lain.
Mengikut sumber ini juga, lagu kebangsaan Norway, walaupun lagunya lain tetapi senikatanya ialah sama dengan lagu kebansaan Inggeris "God Save the Queen" yang di terjemahkan ka bahasa Norway. Satu lagi jiplakkan!
Begitu juga kalau kita lehat lagu-lagu kebansaan lain. Ia samada senikata nya di ambil dari sumber-sumber lain dan di beri melody baru kemudiannya atau melody sedia ada tanpa syairnya dan di sesuaikan kemudian. Mithalnya lagu kebangsaan Jepun, "Kimi ga Yo", yang pernah saya nyanyikan di waktu penjajahan jepun di Malaysia. Syairnya telah di ambil dari syair Zaman Heian (794-1185), dan tidak di beri lagunya sehingga tahun 1880. Sebaliknya pula lagu kebangsaan Sepanyol, La Marcha Real ("The Royal March") ialah salah satu lagu kebangsaan yang tiada senikata khusus. Setiap kali ada pertukaran Rajanya maka senikata baru akan di sembahkan mengikut citarasa raja itu. Susunan lagunya pula adalah hakcipta individu dan telah dibeli oleh kerajaan Sepanyol dalam tahun 1997. Susunan lagu ini diserahkan kepada Kementerian Budaya Sepanyol sebagai agensi pengutip wang dari bakal pengguna musik itu. Di sebab itu susunan lagu di ubah-ubah oleh pemusik lain untuk mengelakkan dari bayaran cukai. Maka setiap kali kita dengar lagu kebangsan Sepanyol bunyinya munkin akan berlainan.
Memang ada beberapa cara menyediakan lagu kebangsaan. Maka tak usah lah kita memperlekehkan lagu "Negaraku". Kalau Indonesia hendak mendakwa kita, biarkan dia. Kemudian kita pula mendakwa mereka balik kerana menjiplak bahasa Melayu.
Kesimpulan
Perhubungan kita dengan Indonesia mengalami beberapa masalah yang di timbulkan oleh mereka. Banyak faktor yang menyebabkan ini. Kita cuba mengambil hati mereka tetapi. Walupun Malaysia Negara pertama tumpuan tenaga pekerjanya mencari rezki, unsur kebencian dari kalangan rakyat mereka susah diatasi. Malaysia sentiasa bersabar dan kadang-kadang meminta maaf walupun kita tak bersalah seperti yang berlaku dalam peristiwa tarian Pendet.
Orang Melayu Malaysia selalu menganggap Indonesia ialah saudara tua kita dan lebih besar dari kita. Tetapi tanggapan ini tidak berbalas. Ada yang berpendapat di waktu ini kita hendaklah menerima hakikat yang kita adalah dua negara berasingan walaupun dari bangsa sarumpun. Umpama United Kingdom dan Amerika Syarikat. Lehat Ulasan Kasim Salam (Indonesia-Malaysia serumpun tetapi dua nusa) dan (Relations with Malaysia require a realistic approach - Jakarta Post - Opinion) dan (ini). Kita cuma harapkan menjadi jiran baik sahaja.