Sunday, September 13, 2009

Pengalaman Pemereksaan Kolonoskopi


Saya ada beberapa orang sahabat dan kenalan yang telah meningal dunia disebabkan sakit barah usus (colon Cancer). Saorang daripadanya telah meninggal dunia yang hanya berumur 35 tahun. Lebih dekat lagi, ibu saudara kita, Mak Ngah Pe'ah, kakak kepada Wak, khabarnya telah menjadi mangsa barah perut. Adakah ini juga barah usus? Saya tiada didalam negeri diwaktu ini berlaku.

Malangnya penyakit barah usus ini biasanya tidak memberi apa-apa tanda sebelum penyakit itu merebak ketahaf parah. Dari itu pengawasan awalan tersangat perlu untuk mengelakkan kejadian ini.

Perangkaan Mengenai Barah Usus
  • Barah yang berpunca dari usus dan dubur ialah punca kematian kedua banyaknya untuk lelaki dan perempuan di seluroh dunya. Kematian barah paru-paru ialah punca pertama.
  • Di Amerika Syarikat sahaja, 50,000 orang akan mati dari sebab ini setiap tahun.

  • Satu orang pesakit akan meniggal dunia setiap 9.3 minit.

  • Lebih ramai orang yang mati dari barah usus-dubur dibandingkan dengan jumlah mati dari kumpulan barah bayu dara dan AIDS
  • Lebih dari 90 persen dari orang yang mengidap penyakit barah usus adalah dari kalangan yang berumur 50 tahun ketas dan umur purata pesakit ialah 64 tahun.
  • Penyiasatan telah menunjukkan bahawa di atas pencapaiian umur 50, sa orang dari tiap-tiap empat orang akan mengalami tumbuhan beberapa polyps atau karang diususnya. Ini ialah satu gejala barah usus.
Walupun barah usus-dubur ini sering berlaku tetapi ianya boleh dielakkan jika tindakan awal di ambil.

Harus Berwaspada

Saya sentaiasa bimbang kiranya penyakit ini berlaku ketas diri saya. Maklumlah bukan sahaja saya telah berumur 72 tahun bahkan saya telah pun berasa cemas, dalam tahun 2004, diwaktu bila saya tela di beritahu yang saya menghidap penyakit barah prostet. Syukur alhamdulillah yang ramalan itu falsu semata-mata.

Saya mula bertindak akhir-akhir ini, apabila saya melihat ada darah dalam mangkuk tandas setelah buang ayer. Pengeluaran darah adalah salah satu petanda penyakit barah usus. (Lihat halaman http://cancer.about. com/od/coloncancer/p/colonsymptoms.htm untuk maklmat lebih lanjut berkenaan tand-tanda barah usus). Peristewa itu telah berlalu apabila pemeriksaan menentukan bahwa punca pendarahan itu hanya disebabkan buasir. Buasir itu telah pun diubati. Walu bagaimana pun saya ingin mendapat kepastian yang usus saya adalah di dalam keadaan baik dan meminta doktor memereksa usus saya itu. Saya terpaksa menunggu beberapa bulan, dari awal tahun hingga 7 September 2009, di Hospital Universiti, sebelum mendapat giliran pemereksaan.

Kolonoskopi

Menjalankan pemeriksaan usus melalui kolonoskopi ialah langkah pertama untuk mengelakkan barah ini. Sila layari halaman http://coloncancer.about.com/od/cancerprevention/a/Colon_Cancer.htm, untuk beberapa petua yang lain berkenaan dengan pengelakkan penyakit barah usus.

Kolonoskopi ialah satu pemeriksaan keatas usus besar bermula dari dubur, melalui usus besar hingga ka hujung usus kecil. Tujuan melakukan kolonoskopi ialah supaya doktor dapat melihat dan membuat diagnosis, dari awal lagi, tanda-tanda barah dalam usus dan dubur dan sebab-sebab perubahan perjalanan perut. Dengan melakukan diagnosis doktor akan dapat melihat radangan otot, tumbuhan luar biasa, ulser, pendarahan dan sebagainya.

Kolonoskopi ialah satu prosedur yang menggunakan alat yang diulur dari dubur dan di lengkarkan masuk seinci demi seinci kedalam usus besar yang biasanya adalah sepanjang 1.5 meter atau 5 kaki. Di penghujung alat itu ada sabuah kamera dan juga punca cahya untuk menerangi kawasn yang dipereksa.. Kamaera itu terus memapaparkan keadan usus pada sebuah monitor yang boleh dilehati oleh semua termasuk orang yang dipereksa itu sendiri.

Pemeriksaan Kolonoskopi

Walaupun pemeriksaan kolonoskopi ini mengambil masa kurang dari setengah jam tetapi persedianya mengambil masa tiga malam. Tujuan persediaan ini ialah untuk mengosong dan membersihkan perut sebelum pemeriksaan.
  1. malam ketiga sebelum pemeriksaan - makan julap. pada keesokkan hari makanan ringan sahaja dengan tiada kandungan sayuran dan buah-buahan. Daging boleh di makan tetapi yang telah lumat/cencang (minced).
  2. malam kedua sebelum pemerisaan - sama seperti 1 di atas.
  3. malam sebelum hari pemeriksaan - minum lebeh kurang dua liter ubat cucu perut dan terus puasa sepanjang malam hingga selepas pemeriksaan.
Pada hari yang di tetapkan saya telah pergi ke hospital. Setelah menjawab beberapa soalan, doktor telah datang untuk memeberi penerangan mengenai pemeriksaan itu. Saya juga terpaksa menanda tangan surat kerelaan menjalani pemeriksaan itu dan mengaku tidak akan mengambil apa-apa tindakkan jikalau ada masaalah berthabit dengan pemeriksaan itu. Walaupun pemeriksaan itu tidaklah tinggi risikonya, tetapi malang tidak berbau dan alat kolonoskopi itu mungkin boleh menembusi usus bila dijuluk. Doktor telah menerangkan bahwa risiko pemeriksaan itu hanya lima persen sahaja.

Penemuan dengan doktor pagi itu sungguh mengharukan. Saya telah di nasihat kan oleh seorang pakar lain, hasil dari penyiasatan dari makmal tidur, yang saya mengalami kekurangan oksijen di waktu tidur dan hendaklah memberi tahu kepada sebarang pakar bius bila menjalani pembelahan supaya berjaga-jaga di waktu di bius. Reaksi dari doktor hari itu memeranjatkan. Ia serta merta mengisytiharkan kepada pembantu-pembantu di situ bahawa pemeriksaan akan dijalankan tanpa bius. Tidak sempat saya nak protes. Jururawat pembantu disitu pula telah menakutkan saya lagi dengan berkata "pakcik jangan takut cuma sakit macam beranak sahaja!"

Keadaan yang sebenar tidaklah begitu teruk seperti yang saya bayangkan. Saya cuma mengalami rasa senak seperti di tumbuk di perut. Itu pun cuma dua tiga kali sahaja dan tidak pula berapa kuat dan lama.

Alhamdulillah, pemeriksaan itu berjaya dan tidak menunjukkan sebarang masaalah yang mencurigakan.

Kesimpulan

Saya syurkan sesiapa yang telah berumur lima puloh tahun keatas dan ada masaalh perut hendaklah segera berjumpa doktor dan cadangkan supaya pemeriksaan usus di lakukan.

2 comments:

  1. Bagus Abang ceritakan pengalaman ini. Mungkin barah ini berpunca dari keturunan, dan adik beradik lain kena berjaga-jaga

    ReplyDelete
  2. perkenalkan kami perwakilan Mahkota Medical Centre Surabaya Rep Office. kami adalah salah satu perwakilan di jawa timur. kami siap membantu dan memberikan:
    1. informasi seputar mahkota dan malaca malaysia
    2. informasi fasilitas & kesehatan
    3. Appoitment dokter dan arange perjalanan sampai akomodasi
    4. Second opinion langsung dari Dokter kami.
    5. Mempermudah Claim Asuransi.
    Semua pelayanan ini FREE of Charge, walaupun hanya untuk bertanya atau sekedar second opinion dari Dokter lain kita siap membantu .Jika Membutuhkan infomasi tentang Mahkota Medical Centre Melaka Malaysia, silahkan hubungi kantor perwakilan kami....
    More info
    Surabaya Representative Office
    Mahkota Medical Centre
    Jl. Barata Jaya XIX / 31C
    Surabaya 60131 - Indonesia.
    WA : +6281 331777697
    Line: +6281 4026 2166
    Mobile: +6283 8300 28050
    Phone : +6231 5020588 / 5026505
    Email : mmcsurabayaoffice@gmail.com
    http://mahkotamedicalcentresurabayaoffice.blogspot.co.id/

    ReplyDelete